KERANA MENJAGA IBU, MENDAPAT REZEKI TAK DI SANGKA SANGKA

March 05, 2020

Seorang ibu seorang ayah adalah KUNCI REZEKI yang Allah dah kirimkan dari sejak kita lahir di dunia. Samada sedar atau tidak, terlalu banyak keajaiban yang Allah kirim tatkala kita berbakti pada mereka.
Kisah yang aku nak kongsi ini kisah aku sendiri, kisah yang dah lama aku nak cerita.
Semoga menyejukkan hati mereka yang sedang bersedih atau terasa suram dalam menyantuni ibu atau ayah yang sakit, serta menjadi taulan buat kebaikan kita semua.

Inilah wajah kedua orang Keramat Hidup ku Ummi dan Abuya

HIDUP TAK SEINDAH DIRANCANG

Sepertimana graduan yang lain, habis sahaja Degree aku sangat sangat excited dan gigih mencari kerja. Boleh dikatakan setiap hari cari kerja kosong dan sentiasa distribute resume ke company company, baik dalam Melaka mahupun luar Melaka. 

Sepanjang tempoh tu, kerap aku ke interview semua nya sekitar KL dan Selangor.
Aku betul betul usaha, sebab dari kecil aku melihat kesusahan keluarga, jadi aku nak segera kerja, nak dapat gaji bantu keluarga. Dalam pada tu, aku dapat sertai program SL1M di salah sebuah GLC terkenal.

Aku join, sebab yakin mungkin ada rezeki dapat kerja situ nanti. Masalahnya, tempat kerja jauh dari rumah family. Terpaksa lah, berjauhan sementara, walaupun berat hati, demi mencari rezeki aku teruskan. Dalam masa 6 bulan lebih bekerja dalam program SL1M, umi menunjukkan tanda tanda sakit yang kerap. Seringkali muntah dan sakit perut, berapa kali buat check up tiada apa yang bahaya.

Lama kelamaan umi semakin lemah, dan aku ambil keputusan untuk cuti dari kerja.
Sehingga suatu malam, kejadian yang tak dapat aku lupa, umi sakit tiba tiba kena fitting dan terus dimasukkan ke ICU, selama 2 minggu. Aku tak boleh terima, terlalu cepat banyak benda umi nak aku tak dapat tunaikan. Aku tekad berhenti terus dari program dan jaga umi di hospital.

Dari saat ini, kehidupan kami berubah 360 darjah, semuanya berubah. Bermula lah kehidupan kami keluar masuk hospital, ICU beberapa kali, pernah di ward sampai sebulan.
Kami perlu uruskan umi 100%, di sini lah segala kesabaran dan kekuatan diuji.

Sabar dalam melayani keadaan orang yang sakit.
Sabar dan ikhlas dalam apa yang kita buat.
Sabar dan kuat tatkala kesempitan wang, ada jalan Nya.
Kuat apabila setiap masa kita perlu beri penuh perhatian padanya.
Kuat apabila rakan seusia kita sedang membina kerjaya dan kehidupan, kita perlu berada di sampingnya menguruskan ibu kita.

Sungguh ia tidak mudah, ada dalam kalangan kawan yang mesej, wassap tanya macam mana keadaan umi. Tanya macam mana jaga orang sakit. Ada yang rasa tak sabar nak melayan karenah, kadang kadang ada yang termarah , ada yang rasa sakit hati bila kena marah.

Kunci nya : SABAR dan IKHLAS


REZEKI TAK DI SANGKA SANGKA

Selama satu tahun lebih aku menjadi penganggur, secara penuh kami sekeluarga uruskan umi sehingga umi kembali ceria dan beransur pulih jauh lebih baik.

Kerana aku manusia biasa, kadangkala aku cemburu melihat kawan kawan yang dah bekerjaya dan gembira dengan ibu dan ayah yang sihat semua. Kemudian, aku istighfar kembali dan melihat wajah umi dengan penuh kasih sayang, sesungguhnya ini hadiah Allah kirimkan pada ku untuk mengaut sebanyak pahala.

Jika aku merungut, aku tidak ikhlas, aku marah maka aku telah merosakkan akhirat ku.

Aku teruskan hidup seperti biasa, just go with the flow. Alhamdulillah suka tengok umi semakin ceria. Tak kisahlah walaupun keadaan dah tak seperti dulu, syukur Allah beri lagi peluang melihat umi senyum, suka bercerita, dapat suap umi makan, dapat manjakan dia lagi. 

Aku pun mula mencari kerja semula, banyak tempat aku hantar tetapi tiada jawapan.
Mungkin dah ada gap 2 tahun selepas grade susah sikit nak dapat. Tetapi aku tetap USAHA dan TAWAKKAL. 

Tiba tiba seorang pegawai di University ku dahulu contact dan tanya aku dah ada kerja ke belum.
Aku tak pernah cerita dengan beliau, betul betul terkejut dapat panggilan darinya.

Aku cakap belum dapat kerja, memang tengah mencari. Lalu terus beliau mesej, bagitahu ada satu company nak cari Engineer, dia suruh aku apply terus pada email manager. Masa tu aku rasa nak menangis, hanya Allah yang tahu. Tak sangka sangat !

Selang 3 hari, aku dapat call untuk interview, hari yang sama juga terus aku dapat kerja.
Tempat pun dekat dengan rumah, REZEKI YANG TAK DISANGKA SANGKA.


Benar, keajaiban menjaga ibu bapa, utama kan mereka adalah KUNCI KEBAHAGIAAN , dan jalan rezeki kita.

Banyak lagi kisah keajaiban yang aku terima, satu satu Allah bagi jalan.

Aku berkongsi kisah ni, agar kita semua sebagai anak anak utamakan lah, carilah keramat hidup setiap hari. Sejak belakangan ni banyak juga baca kisah anak anak yang abaikan parents, bila mak bapa ada yang sakit rasa semak, rasa beban, rasa menyusahkan. Yakinlah Allah sedang menyiapkan jalan yang sangat indah dan cantik untuk mu.


Maksudnya: 
Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu : Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda, Solat Pada Waktunya, Aku Bertanya Lagi: Apa Lagi Wahai Rasulullah? 
Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku, Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.” 
— Hadis riwayat Imam Bukhari(no 5970) dan Imam Muslim(no 85) —
  

Perindu Syurga,
Nur Syawana Murad
5 March 2020
11.29pm



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Total Pageviews

Like us on Facebook

https://web.facebook.com/ibnbattutatravelers/