Dah Masuk 3 Series? Some Ideas For Single ...

March 22, 2019

Me, Books and Blogging ~

Sejak dari zaman universiti, saya suka menulis.. Blog pertama dan tempat saya berkongsi tulisan adalah Ria Insyirah. Saya mula menulis semasa di tahun dua masa belajar di UTeM dulu, membaca dan menulis adalah perkara yang menjadi hobi saya. Kalau orang lain boleh berjam jam di kedai baju, kain, handbag dan tudung untuk shopping, saya boleh berjam jam duduk dalam kedai buku. Baca, tengok buku buku setiap fiction, rasa nak beli semua jee.. kalau rasa tension pun, masuk kedai buku aura dia memang lain macam. Siapa sama saya, say I sikit..

Bila dah habis belajar, memasuki alam pekerjaan, maka tergendala lah segala urusan blog, no more writing, no more sharing. Bukan salah kerja, salah saya yang tidak pandai manage masa untuk terus menulis, tak pandai bahagikan masa untuk menulis. 


Dan sebenarnya, habis sahaja graduate, kami diuji dengan kesihatan umi, jadi hidup berubah 360 darjah, masa saya adalah bekerja dan menjaga ummi pada waktu itu. 5 tahun bekerja, memang saya rindu untuk menulis, namun hanya dapat berkongsi rata rata melalui posting Facebook sahaja. 

Maka, untuk kembali aktif dalam dunia blogging dan penulisan ini masuk dalam wishlist dan azam 2018. Now bring to 2019.. jangan di tanya kenapa.. aiseh.

2018 - Turns to 30s..




Sebenarnya ramai kawan kawan perempuan yang contact saya dan share tentang tekanan SINGLE LIFE di usia penghujung 20s. Ada yang close FB Account, tak tahan tengok kawan kawan sebaya dah ada anak anak, kawan kawan sebaya seorang demi seorang kahwin. 


Rasa macam dah tak ada jodoh, rasa macam dah tak laku ke? Ada juga yang sangat kecewa bila dah jumpa calon, rupa rupanya suami orang. Bila sedara mara, makcik , mak sedara asyik bertanya menjadikan situasi lagi worse.. 

Macam macam rasa ada, and as usual I try as be as I can to be a good listener to them, and I always to. Even though, I am not the best person to give advice when I am also still single, just like them!  :)

But, when friends calling you and seeking you, asking for advise, they need you and means they appreciate you. Mungkin di mata mereka I just don’t care, and how I go through this? 


InsyaAllah, hopefully this sharing can give you some ideas.

Don’t Ask Why, But Ask How?
Keep on asking, why not me, why I’m still single? Why nobody loves me? Why my friend got married, why not me? Why I cannot be happy like them? Why and why and why.. takkan pernah kita menjadi orang yang bersyukur. Mempersoalkan samalah seperti kita tak puas hati dengan aturan Allah.


Cuba tukar, how I can be more responsible women? How I can be a good women? How I can be a good cook? Cara terbaik adalah mencari jalan untuk improve diri.

Sibukkan diri kita menjadi wanita yang lebih baik, dari segi ilmu agama dan dunia.
Cuba muhasabah dulu, apa aktiviti kita untuk masa yang kita ada sekarang. Adakah kita mampu menyusun dan mengendalikan sebuah keluarga dengan keadaan kita sekarang?


Maka, list kan apa kah aktiviti dan penambah baikan yang kita nak buat?


TINGKATKAN KEMAHIRAN DIRI
Gunakan peluang ini untuk belajar memasak, baking, menjahit dan apa sahaja yang kita minat.
Kalau minat baking, pergi kelas baking, belajar buat cake, pastri and so on. Enjoy the process, tahu tak betapa indahnya saat dan ruang yang ada ini Allah beri kita? Manfaatkan, kehidupan kita sebelum dan selepas berkahwin pasti akan jauh berbeza.

TRAVEL EXPLORE DUNIA
Ketika masih single, pergilah meneroka dunia, terlalu banyak hikmah yang kita akan temui.
Jangan tunggu nak travel dengan suami nanti lah, nak travel tak perlu letak syarat.
Kalau kita boleh manage duit dengan baik untuk travel selalu, kita boleh manage kewangan keluarga juga.

Dan satu perkara yang bagus untuk Ladies Traveler adalah kita akan melatih diri untuk sebarang kemungkinan, menjaga maruah diri di tempat orang dan melaksanakan perintah Tuhan walau di mana jua. So, awak bukan biasa biasa okay?

BELAJAR BUSINESS DAN INVESTMENT
Seorang wanita perlu ada perancangan dalam hidup dia.
Either you get married or not, jangan jadi orang yang looser. Kita kena ada perancangan apa yang kita nak achieve. Sibukkan diri dengan ilmu kewangan ni, kita akan lebih berharga, banyak sumbangan kita boleh bagi pada keluarga.

KERAMAT HIDUP
Paling paling best, inilah masa yang Allah beri untuk kita berbakti dengan keramat hidup kita.
Who knows, after married kita akan sibuk dan ada dugaan mendatang yang kita tak tahu.
Jadi, bergembiralah kerana peluang buat pahala tu free je Allah bagi!

Ada orang kata, bila dah too good, means lagi lah susah lelaki nak dekat.
Ingat, kita buat semua ni untuk Allah, bukan nak bagi lelaki pandang ke dekat ke.
Bila kita jaga hak Allah, kita jaga apa yang Allah pinjamkan ni, improve diri, Allah pasti jaga diri kita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua!


Salam sayang,
NSM
9.15pm

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Total Pageviews

Like us on Facebook

https://web.facebook.com/ibnbattutatravelers/