Trip Ho Chi Minh : Kota Yang Sangat Unik!
August 03, 2017
Trip Ho Chi Minh : Kota Yang Sangat Unik!
![]() |
HCM City |
Trip ke Ho Chi Minh ini saya pergi dengan adik saya, trip yang pertama kali adik saya pergi. Alhamdulillah beruntung dia dapat travel masa zaman belajar, ada rezeki lebih kita kongsi bersama ahli keluarga. InsyaAllah berkat dan akan diberi keluasan olehNya.
Keseluruhan trip ke HCM ni untuk kami berdua total bajet hanyalah RM1200, kira seorang dalam RM600. Trip ini selama 5 hari 4 malam, itu pun banyak lagi yang boleh di kurangkan tapi sebab kami ni kaki makan, so banyak habis dekat makan dan jalan! (^_^)
Lokasi hotel kami strategik, di bawah adalah restoran Pakistan halal
Sampai sahaja di airport, pastikan ambil teksi blue color, make sure print siap siap alamat hotel kita tu. Sebab pemandu teksi kurang fasih berbahasa English. Sebelum naik teksi pastikan teksi nya betul blue teksi dan pemandu ada card, sebab banyak yang tipu sebab mereka tahu kita hanya akan ambil teksi biru. Dari airport ke hotel mengambil masa dalam 35 minits.
Apa Yang Boleh Digambarkan tentang Kota Ho Chi Minh?
Ho Chi Minh boleh dikatakan kota peninggalan sejarah portugis, banyak bangunan bangunan nya yang masih mengekalkan seni bina portugis. Kalau kita travel ke Ho Chi Minh, selalunya kita mencari barang barang nak shopping dekat Benh Tanh Market, tetapi sebenarnya banyak sejarah dan budaya yang kita boleh belajar.
Kota HCM juga sangat unik terutama bab jalan raya nya, sistem jalan raya di HCM jauh berbeza dengan Malaysia. Syukur kita di Malaysia ada sistem jalanraya dengan traffic light yang tersusun. Uniknya HCM adalah jalanraya nya kurang traffic light, 4 penjuru jalan boleh lalu serentak, semua pandai mengelak dan pintas orang yang melintas. Walaupun macam tu, accident sangat jarang berlaku, cuba tengok video ni,
Meriah kan jalan raya di HCM!
Berikut adalah gambar gambar sepanjang trip kami di Ho Chi Min.
![]() |
Ini adalah Post Office di HCM, bangunan peninggalan ketika penjajahan Portugis dahulu |
Ketika di HCM, kita boleh melawat tempat seperti Sungai Mekong, Tunnel dan kalau ada banyak masa boleh lajak kan ke Hanoi. Memang cun! Selamat mengembara dan kalau ada yang nak kembara, perlukan travel buddy guide, direct contact saya. Let me do the rest!
Just email me at n.syawana@gmail.com
0 comments