Assalamualaikum, semoga semua dalam keadaan sihat dan ceria selalu 😊😊.
Saya nak update trip Vietnam yang saya pergi baru baru ni, yang join trip saya kali ini adalah adik adik yang sangat muda, dari 12 tahun sampai 17 tahun. Group budak sekolah, terasa muda remaja bila travel dengan adik adik teenagers ni. They are well behave 👍. Trip ini kami explore Padang Pasir terbesar di Asia Tenggara, Mui Ne. Alternatif buat yang ingin melihat padang pasir, boleh datang ke sini dengan bajet yang rendah, berbanding Australia perlu bajet agak besar.
Saya namakan trip ni " Sisters Backpackers Trip; Seek Hidden Gems of Viet ".
Sisters 12 tahun, 14 tahun dan 17 tahun, yang depan tuuu.. 😂 |
Route Trip 4 Days 3 Night
Untuk explore the other side of Vietnam, kita menggunakan route :
Kul - HCM - Mui Ne - HCM - Mekong - HCM - Kul
Ini adalah route yang terbaik supaya kita dapat explore HCM, Mui Ne dan Mekong 😊
Saya akan explore each step day 1 until day 4 untuk kesemua route di atas, semoga bermanfaat buat semua. Kesemua trip ini adalah kombinasi antara bus, teksi, jeep dan van.
Day 1 : Kul - HCM - Mui Ne
Preparation yang perlu dibuat sebelum ke HCM :
- Make sure book flight sebelah pagi pukul 8.30 am terbaik, kita akan sampai di HCM sekitar 10.45 pagi ( Waktu HCM adalah lewat 1 jam , means di HCM waktu 9.45 pagi ).
- Untuk ke Mui Ne, make sure dah book online bus ticket dan print siap siap (refer below post ada step untuk book )
- Dah sampai di Tan Son Nhat Int Airport, boleh pilih samada nak beli simcard atau tidak. Saya prefer beli simcard, Mobifone hanya VND200,000 untuk unlimited data selama 4 hari 3 malam. Signal pun bagus.
- Dari Tan Son Nhat Int Airport, boleh ambil teksi kongsi terus ke office bus ( VND200,000 cost, in RM37+ ) untuk satu teksi, boleh kongsi ramai ramai jadi murah.
Cara nak book Tiket Bus ke Mui Ne :
Untuk book tiket bus online, boleh gunakan khidmat TheSinhTourist agent,
boleh refer website ni TheSinhTourist dan pilih Transportation > Bus Ticket.
Akan keluar schedule bus tiket untuk ke semua destinasi, maka cari terus untuk Sai Gon ( Ho Chi Minh ) - Mui Ne . Boleh pilih samada nak morning atau afternoon, saya prefer afternoon sebab saya nak kejar sunrise di Mui Ne.
Yellow highlight trip Si Gon - Mui Ne berharga VND99,000 sahaja |
Setelah pilih tiket dan kuantiti, as usual add to cart dan check out and pay! Easy 😇
Selesai tiket untuk ke Mui Ne, kita akan dapat email beserta alamat office, jadi tunjukkan alamat tu masa naik teksi from Airport ya . Tiket return dari Mui Ne ke HCM? Direct beli semasa sampai di Office TheSinhTourist nanti .
Once Arrive Tan Son Naht Airport :
Boleh ambil teksi dan tunjuk alamat yang ada pada kertas, akan dihantar betul betul depan Office TheSinhTourist. Once arrive di Office Bus tu, direct ke kaunter cash and check in, kita akan dapat tiket bus dan direct beli bus balik dari Mui Ne ke Ho Chi Minh. Inform juga hotel yang kita stay di Mui Ne, bus nanti akan stop kita betul betul di hadapan hotel.
Masa nak balik pun sama, bus akan ambil direct depan hotel. Easy! 🙌
HCM ke Mui Ne :
Perjalanan dari Ho Chi Minh ke Mui Ne mengambil masa selama 4.5 jam, jadi di dalam bus kita dapat enjoy all the scenery dan keadaan Ho Chi Minh dan Mui Ne.
Mui Ne adalah satu daerah yang tidak begitu sibuk, cantik dengan pantai terutama di waktu malam, berbeza dengan Ho Chi Minh. Kita dapat tengok boat boat nelayan yang unik di tepi tepi jalan.
Pelancong pula, rata rata mereka yang travel ke Mui Ne adalah dari kalangan Eropah, Korea dan China. Kita boleh tengok ramai orang Spain, UK, China, Jepun, Korea di Mui Ne.
Sepanjang di sini, memang tak jumpa orang Malaysia, ada pun Indonesia.
Untuk di Mui Ne, kami menginap di Rang Garden Beach Side.
Untuk trip explore Mui Ne, masa check in terus beli pakej dengan hotel berharga $25 dollar sahaja untuk satu jeep, boleh max to 5 person. Jadi bolehlah berkongsi cost.
Pakej ke Mui Ne, akan cover White Sand Dunes, Red Sand Dunes, Fishing Village dan Fairy Stream.
Boleh pilih untuk sunrise atau sunset moment, kami ambil sunrise jadi tour kami bermula jam 4.30 pagi. Awal 4.50 pagi kami dah gerak dengan jeep driver ke White Sand.
White Sand Dunes, Sunrise Moment SubhanaAllah!
Kami tiba di White Sand Dunes pada jam 5.30 pagi, pada waktu ini sangat cantik melihat scenery nya. Bila sampai ke White Sand Dunes, kita boleh ambil servis ATV untuk dihantar ke puncak padang pasir, di situ best view untuk sunrise, kemudian dibawa ke bahagian lake side pula.
Harga untuk service ATV tu, VND400,000 per person. Jika suka untuk berjalan kaki untuk explore padang pasir ni, boleh juga jalan sahaja tanpa ambil khidmat ATV.
Adik adik yang saya bawa sangat happy dan kami takjub dengan keindahan sunrise serta muka bumi White Sand ni. Alhamdulillah worth it 😊😉.
White Sand Dunes memang sangat cantik, pasirnya sangat halus dan putih saujana memandang.
Bagi mereka yang meminati natural view, perlu masuk dalam bucket list anda! 👍
![]() |
Jeep yang membawa kami, stop over untuk photoview sebelum ke Red Sand Dune |
Red Sand Dunes, Mui Ne
Setelah selesai explore White Sand Dunes, kita bergerak ke destinasi kedua padang pasir juga, tetapi digelar Red Sand Dune kerana pasirnya kemerah merahan berbanding white sand yang putih kesemuanya. Jika dibandingkan, saya lebih suka white sand dune. Tetapi red sand pun menarik, ada tidak sebesar seluas white sand dune. Lets enjoy our photos!
White Sand dan Red Sand memang best, highly recommended to visit here. 👍👍👍
Fishing Village, Mui Ne
Fishing Village adalah satu kawasan pantai di sepanjang jalan jalan Mui Ne,
kita boleh tengok pantai pantai Mui Ne ada banyak boat boat nelayan berbentuk bulat bulatan.
Kita boleh tengok secara langsung cara nelayan dan peraih menjual segala macam hidupan laut.
Kalau nak beli udang galah, lobster, ketam, kepah, ikan dan pelbagai lagi pun boleh.
Fairy Stream, Mui Ne
Mereka gelar Fairy Stream ini adalah Grand Canyon of Vietnam, ia adalah kombinasi antara White Sand and Red Sand. Untuk masuk ke sini, kita akan lalu sungai yang cetek bersih tak ada sampah, jadi kena buka kasut supaya tak basah.
Cantik pembentukan batuan ini secara semulajadi, secara keseluruhan Mui Ne attraction place memang awesome. Maka, masuk kan lah dalam bucketlist anda 👍👌
Selesai trip Mui Ne, kami check out dan tunggu bus ke Ho Chi Minh semula.
Kemudian , esok adalah Mekong Trip, dan shopping time di HCM!
Sleeping bus Mui Ne - Ho Chi Minh, 4 jam setengah perjalanan. Semua dah penat enjoy Mui Ne trip, tidur dalam bus sampai arrive Office TanSinhTourist. Kesimpulan Mui Ne is very good place to be explored! 😘😘😘
Semoga perkongsian ini dapat menjadi rujukan buat semua yang nak explore HCM - Mui Ne secara backpackers. Total kesemua budget termasuk flight tak sampai RM1500 pun. So its really worth!
Buat yang nak join next batch trip HCM - Mui Ne - Mekong - HCM, adalah pada bulan January 2018 first trip. So, boleh direct wassap untuk register, Syawana +60133452446.